Konsul General Malaysia di Los Angeles, Encik Nekmat Ismail dan isteri telah meraikan pasukan Malaysia yang menyertai acara tersebut di atas di kediaman Konsul General pada 14 Julai 2012, di San Marino, California. Mereka telah dijamu dengan hidangan nasi lemak dan mee kari dan ternyata berselera menikmati makanan Malaysia setelah beberapa hari berada di Los Angeles.