Mission News

Kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia ke Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles

16 April 2012 1 views

Konsul Jeneral Nekmat Ismail menerima kunjungan Y.Bhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPPT) di Pejabat beliau di Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles pada 2 April 2012. Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Prof. Dr. Shamsuddin Baharin, Pengarah Perhubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia dan Y.Bhg. Datuk Syed Husian Aljunid, Pengarah Kanan Western Digital Malaysia. Dalam rangka lawatan kerja ke California, Y.Bhg. KPPT telah mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di sekitar Los Angeles pada Majlis Hi-Tea di New Asshiyana Restaurant, Pomona, California dan seterusnya merasmikan laman web Education Malaysia Los Angeles. Y.Bhg. KPPT juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Western Digital Amerika Syarikat di Irvine, California mengenai prospek kerjasama dan pekerjaan bagi pelajar Malaysia di Western Digital Malaysia dan juga Amerika Syarikat.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back