Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Encik Nekmat Ismail dan isteri telah menghadiri Majlis Konvokesyen California State Polytechnic University di Pomona, California pada 16 Jun 2013. Seramai 20 orang pelajar Malaysia dari jurusan bio-teknologi dan kejuruteraan dari universiti berkenaan telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada tahun ini.