Satu Majlis Makan Malam YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama rakyat dan pelajar Malaysia yang telah diselaraskan oleh pihak Tourism Malaysia Los Angeles telah diadakan di restoran Belacan Grill, Tustin, California pada Isnin, 7 Oktober 2013. Majlis diadakan bersempena lawatan kerja YB Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ke Los Angeles pada 6-9 Oktober 2013 dalam rangka Misi Jualan Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014) ke Amerika Syarikat dan Kanada dari 6-15 Oktober 2013. Misi Jualan VMY 2014 turut meliputi dua bandar utama lain termasuk New York, Amerika Syarikat dan Vancouver, Kanada.
Seramai lebih 60 rakyat dan pelajar Malaysia telah dijemput ke majlis tersebut. Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Encik Nekmat Ismail dan isteri beserta pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles turut hadir menyerikan majlis berkenaan.
{C}{C}{C}