Mission News

Majlis Makan Tengahari Bagi Meraikan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Los Angeles Yang Telah Tamat Pengajian

10 July 2012 1 views

Konsul Jeneral Nekmat Ismail telah meraikan seramai 15 orang pelajar Malaysia yang telah menamatkan pengajian mereka di beberapa universiti di sekitar Los Angeles dalam satu majlis makan tengahari di kediaman beliau di San Marino, California. Majlis yang diadakan pada 28 Jun 2012 telah turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi dari MIDA, Matrade, Jabatan Penuntut dan Pejabat Pelancongan Malaysia di Los Angeles.

 

Dianggarkan seramai 71 orang pelajar Malaysia telah berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti-universiti yang terletak di wilayah barat Amerika Syarikat. Secara keseluruhannya terdapat seramai 819 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti di negeri-negeri di bahagian barat Amerika Syarikat.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back