Mission News

Majlis Perpisahan dan Pertukaran Hadiah 2012

28 December 2012 1 views

Badan Kebajikan Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles telah menganjurkan satu majlis perpisahan dan pertukaran hadiah pada Khamis, 20 Disember 2012 di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles.

 

Majlis perpisahan diadakan sebagai penghargaan kepada tiga orang pegawai Home Based Staff (HBS) iaitu Encik Fauzi Ayob, Konsul MATRADE, Encik Hazli Jemaat, Konsul MIDA dan Encik Mazlan Araju, Naib Presiden Tourism Malaysia Los Angeles yang akan tamat tempoh penempatan mereka di Los Angeles pada Februari 2013.

 

Disamping majlis perpisahan, aktiviti tahunan pertukaran hadiah sesama pegawai HBS dan Locally Recruited Staff (LRS) telah turut diadakan. Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan mesra sedia ada di antara pegawai HBS dan LRS di Perwakilan.

 

Presiden Badan Kebajikan, Encik Muhamad Amin Dalek (Konsul Muda) dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan diatas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2012.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back