Mission News

Majlis Tahlil Di Pusat Islam Santa Clarita Valley, Valencia, California

11 December 2012 1 views

Satu majlis tahlil arwah Allahyarhamah Puan Siti Ramlah Raden Idris, ibu kepada Puan Noor Aini Tahir dan Allahyarham Encik Abdullah Bin Sutan Betuah, ayah kepada Puan Mastura Abdullah telah diadakan di Pusat Islam Santa Clarita Valley, Valencia, California pada Sabtu, 1 Disember 2012. Puan Noor Aini dan Puan Mastura adalah merupakan ahli Malaysian Islamic Foundation of North America (MIFNA). Puan Noor Aini juga adalah merupakan pesara kakitangan ambilan tempatan di pejabat Education Malaysia di Los Angeles.

 

Konsul Jeneral Malaysia, Encik Nekmat Ismail dan keluarga serta pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia turut serta di dalam majlis tersebut.

 

Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah sentiasa di dalam rahmat dan keredaan Allah SWT.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back