Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat ingin merakamkan perasaan sedih dan dukacita di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah mengorbankan kesemua penumpang dan anak-anak kapal.
Ucapan takziah dari seluruh warga Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Semoga semua tabah menerima ketentuan dan kembali kusyuk dan merendah kepadaNya.
Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles juga telah membuka ‘Buku Ucapan Takziah’ bermula dari 21 sehingga 23 Julai 2014.