Mission News

Perkelahan Keluarga Konsulat Jeneral Malaysia Los Angeles

03 July 2012 1 views

Badan Kebajikan Konsulat Jeneral Malaysia Los Angeles dengan kerjasama PERWAKILAN Los Angeles telah menganjurkan perkelahan keluarga pada 16 Jun 2012 di Cabrillo Beach, San Pedro, California. Seramai 60 orang ahli keluarga Konsulat Jeneral Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai home-based dan kakitangan ambilan tempatan serta ahli keluarga masing-masing telah menyertai perkelahan tersebut. Berbagai acara seperti sepak raga, bola sepak dan bola tampar pantai telah diadakan. Acara untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Ahli-ahli PERWAKILAN Los Angeles juga telah menyediakan makanan pada hari tersebut seperti nasi minyak, mee goreng, BBQ ayam dan pelbagai jenis kuih-muih. Perkelahan bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back