YAB Perdana Menteri Malaysia dan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah menghoskan Majlis Makan Malam bersama rakyat Malaysia pada hari Sabtu, 28 September 2013. Majlis Makan Malam tersebut telah dijalankan serentak dengan Majlis Perasmian Pusat 1M4U di New York. Seramai 250 rakyat Malaysia yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti di sekitar New York/ New Jersey dan golongan professional menghadiri Majlis ini.
2. YAB PM menyeru kepada semua rakyat Malaysia di New York agar mencintai Negara Malaysia dan bersama-sama berkerja keras untuk membangunkan Negara Malaysia. Majlis Makan Malam ini berakhir dengan perasaan penuh kegembiraan apabila pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia diberi peluang untuk beramah mesra dengan YAB PM and YABhg Datin Seri.