FLUSHING, NEW YORK - OKTOBER 8, 2016: Sempena dengan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 di Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah menganjurkan Pertandingan Bowling bagi menjayakan sambutan tersebut.
Pertandingan bowling ini telah disertai oleh kakitangan HBS, LRS, ahli keluarga masing-masing serta rakyat Malaysia yang menetap di sekitar bandar New York dan jumlah penyertaan adalah seramai 40 orang.
Acara bowling tersebut telah diadakan di Pusat Bowling Jib Lanes di Flushing, New York. Acara tersebut telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Konsul Jeneral, Encik Jeremiah Oliver Jitos dan acara dirasmikan dengan lontaran pertama oleh beliau.
Pertandingan tersebut tamat pada jam 12.30 tengahari dan pemenang-pemenang adalah seperti berikut:
Johan kategori lelaki: Encik Mohd Fadly Amri Aliaman
Johan kategori wanita: Cik Arielle Michel Estrella
Johan kategori kanak-kanak: Adik Ryan Goswin
Adalah diharapkan supaya sambutan Hari Sukan Negara ini dapat mengeratkan silturrahim dan juga menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara di samping mempromosikan gaya hidup sihat.