Mission News

Kunjungan Hormat daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd

12 January 2017 1 views

MANHATTAN, NEW YORK, 13 JANUARI 2017:  Pada 13 Januari 2017, pihak Konsulat Jeneral Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Syarikat Ultra Kirana Sendirian Berhad yang telah mengadakan lawatan kerja ke Konsulat Jeneral Malaysia.  Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd telah diwakili oleh Encik Wan Quoris Shah bin Wan Abdul Ghani, Encik Noraidi Bakhtiar bin Nordin dan Encik Syazwan bin Zamri.

 

Perkara yang telah dibincangkan di dalam kunjungan hormat tersebut adalah mengenai projek eVISA yang diterajui oleh Syarikat tersebut.  Wakil Syarikat tersebut telah menerangkan secara terperinci mengenai eVISA, proses implementasi dan situasi semasa eVISA.  Selain daripada itu, wakil Syarikat juga ada menyampaikan maklumat mengenai sistem sedia ada dan pelan Syarikat untuk projek tersebut serta hal-hal lain yang berkaitan.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back