Mission News

Majlis Makan Malam Bersama YAB Perdana Menteri

27 September 2018 1 views

MANHATTAN – SEPTEMBER 28, 2018:  Pada 28 September 2018, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghos satu majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar New York.  Majlis makan malam tersebut telah diadakan sempena lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke 73 di New York pada 25 hingga 29 September 2018.

 

Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental di New York bermula pada jam 7.30 malam dan dihadiri oleh 532 jemputan yang terdiri daripada delegasi dan juga rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di sekitar New York, New Jersey, Connecticut, Boston dan Washington DC.

 

Majlis makan malam tersebut merupakan yang pertama kali diadakan di New York setelah Kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan.  Sambutan yang diberikan adalah amat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia yang hadir.  YAB Perdana Menteri juga telah menyediakan satu slot untuk sesi soal jawab sewaktu majlis makan malam tersebut yang memberi peluang kepada YAB Perdana Menteri untuk berkongsi maklumat mengenai Malaysia baharu.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri, Menteri Kesihatan dan juga Menteri Pertahanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back