HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING, PERAK
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan bahawa tarikh Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak adalah pada 26 April 2025 (Sabtu).
Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - pengundi pos luar negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak telah mula dibuka dan akan ditutup pada 20 Mac 2025 (Khamis).
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
i. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak; dan
ii. Tinggal di luar negara.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
Bersama-sama disertakan Langkah-Langkah Permohonan Akaun Baharu MySPR untuk perhatian dan rujukan jua.