Mission News

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), 43rd Session UNESCO General Conference, Samarkand - 30 Oktober 2025

01 November 2025 1 views
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, sedang menghadiri 43rd Session UNESCO General Conference yang berlangsung di Samarkand, Uzbekistan.
Semasa Persidangan berlangsung, beliau turut berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa delegasi menteri dan pegawai tertinggi negara anggota seperti Uzbekistan, Brunei, Finland dan Maldives.
Malaysia akan bertanding bagi menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang akan dimuktamadkan pada pertengahan bulan November ini.
YBhg Dato' Ketua Setiausaha dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada hari kedua persidangan yang akan menyentuh pendirian serta inisiatif negara dalam Pendidikan, selain menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus menyumbang kepada matlamat UNESCO.
Share:
Link copied to clipboard
Back