HARI PERTAMA LAWATAN RASMI DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI LUAR NEGERI KE ARAB SAUDI
HARI PERTAMA LAWATAN RASMI DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI LUAR NEGERI KE ARAB SAUDI
HARI PERTAMA LAWATAN RASMI DR. ZAMBRY ABD KADIR,
MENTERI LUAR NEGERI KE ARAB SAUDI
Pada hari pertama (19 Februari 2023) dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi, saya telah bertemu dengan TYT Sheikh Dr. Mohammed Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Muslim Sedunia (Rabitah al-Alam al-Islami).
Pada pertemuan ini, kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia, terutamanya yang berkaitan tentang kebangkitan sentimen anti-Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini.
TYT Dr. Issa mengiktiraf peranan Malaysia sebagai contoh terbaik di dunia dalam mempromosikan budaya hidup damai dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Beliau juga menganggap Malaysia sebagai negara contoh dalam mewujudkan persefahaman antara peradaban.
Kami senada bahawa isu Islamofobia harus diatasi secara bersama dengan menggunakan pendekatan secara dialog, komunikasi yang baik serta prinsip hidup kebersamaan (co-existence). Langkah-langkah yang lebih bijaksana dan berhikmah akan dilakukan melalui persidangan dan dialog secara berterusan. Pendekatan Islam yang moderat, saling menghormati dan ta’ayush (co-existence) akan diusahakan untuk berhadapan dengan gerakan Islamofobia ini.
Malaysia dan Rabitah akan bekerjasama bagi membetulkan fahaman ekstremisme dan keganasan yang banyak merosakkan imej Islam dan menghancurkan negara- negara Islam melalui usaha bersama untuk mempromosikan Islam yang sederhana, toleran dan damai.
Seterusnya, saya mengadakan pertemuan dengan TYT Hissein Brahim Taha, Setiausaha Agung, Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation of Islamic Cooperation (OIC). TYT Hissein Brahim Taha mengalu-alukan pelantikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Pelantikan ini akan membantu mengukuhkan peranan OIC dalam kalangan negara anggota.
Dalam perbincangan pelbagai hala (multilateral) ini, kedua-dua belah pihak Malaysia dan OIC berpandangan negara-negara anggota perlu berusaha untuk membantu pembinaan semula dan rekonstruksi negara-negara umat Islam yang pernah menghadapi peperangan seperti Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya. Amerika dan Eropah serta lain-lain kuasa besar perlu berusaha bersama dengan OIC untuk pembinaan semula negara tersebut melalui bantuan-bantuan kemanusiaan tanpa menggunakan dasar-dasar sekatan (sanction). Namun dalam konteks Afghanistan, Malaysia bertegas dasar-dasar diskriminasi terhadap pendidikan wanita hendaklah segera dihapuskan.
Selain itu turut dibincangkan tentang kedudukan pelarian Rohingya. Malaysia dan OIC menekankan peri pentingnya isu ini diselesaikan secara kerjasama antara ASEAN, PBB dan negara-negara berkepentingan.
Kami juga bersetuju mengenai isu Palestin untuk terus diperjuangkan. Secara kolektif, kita mengutuk dasar apartheid Israel yang terus-menerus menekan rakyat Palestin.
Malaysia turut menyarankan agar pendekatan rekonstruksi sosio-ekonomi negara- negara miskin dan pasca perang (post-war countries) melalui ekonomi dan sistem kewangan Islam dapat dilaksanakan. Ini termasuklah dengan menggunakan institusi zakat dan waqaf untuk membantu pembangunan semula negara-negara terbabit. Pengalaman Malaysia dalam sistem kewangan Islam dan mikro kredit dapat menyumbang kepada usaha untuk mobilisasi sosial selain mempertingkatkan keupayaan ekonomi mereka dalam tempoh pasca perang.
Pihak OIC bersetuju untuk Malaysia menerajui usaha-usaha ini. Pihak OIC juga mencadangkan agar sebuah kertas dasar dikemukakan oleh Malaysia untuk diangkat dalam mesyuarat bersama Menteri-Menteri Luar Negeri OIC nanti. Sokongan OIC adalah sangat penting bagi mencari penyelesaian yang holistik dan mampan untuk kemakmuran sejagat negara-negara Islam.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
20 Februari 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |