KRISIS DI SUDAN : STATUS TERKINI TIGA RAKYAT MALAYSIA
KRISIS DI SUDAN : STATUS TERKINI TIGA RAKYAT MALAYSIA
KRISIS DI SUDAN : STATUS TERKINI TIGA RAKYAT MALAYSIA
Pertempuran di antara tentera Sudanese Armed Forces (SAF) dengan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus sejak 15 April 2023 masih berterusan dan dilaporkan sengit. Gencatan senjata telah diusulkan oleh pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU), kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat serta Arab Saudi masih gagal.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan, 528 orang telah terbunuh manakala 4,599 orang tercedera akibat konflik ini. Hampir kesemua negara asing telah menjalankan proses evakuasi staf-staf kedutaan serta rakyat mereka keluar dari Sudan. Antaranya termasuklah Amerika Syarikat, Arab Saudi, Qatar, Jepun, Perancis, India, United Kingdom, China, Mesir, Jordan dan Iran.
Usaha membawa pulang rakyat Malaysia ke Tanah Air
Kerajaan Malaysia telah berjaya membawa pulang 30 orang rakyat Malaysia ke tanah air pada 28 April 2023 menerusi penerbangan Saudi Airlines (SV834). Ini termasuk seorang warga Filipina (pembantu rumah), seorang warga Thailand (PETRONAS) dan seorang warga Palestin (bapa kepada empat orang rakyat Malaysia yang dibawa balik).
Rakyat Malaysia yang masih berada di Sudan
Dua orang rakyat Malaysia kini sedang menyertai misi United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abyei, Sudan. Mereka ialah Mejar Zazalina Binti Ghazali dan Lt. Kdr. Naadifarin Binti Che Kamaruddin. Mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat kerana setakat ini wilayah Abyei tidak terjejas teruk oleh pertempuran di Sudan. Jika keadaan memerlukan, proses membawa keluar keduadua orang rakyat Malaysia tersebut akan dikendalikan oleh pihak PBB.
Pada 30 April lalu, pihak Wisma Putra menerima maklumat mengenai tiga orang rakyat Malaysia – seorang ibu dan dua orang anaknya serta suami warganegara Sudan yang tinggal di wilayah Al Gaza telah terperangkap. Maklumat diterima melalui Facebook Messenger Kedutaan Besar Malaysia di Sudan. Keluarga ini tidak pernah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum. Walau bagaimanapun, usaha membawa mereka keluar dari Sudan sedang diusahakan oleh Taskforce Ops Sudan.
Pada ketika ini, ketiga-tiga orang rakyat Malaysia serta suami warganegara Sudan kini sedang dalam perjalanan menuju ke Port Sudan dan dijangka akan tiba di Port Sudan pada 03 Mei 2023.
Kementerian melalui Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dan Duta Besar Malaysia ke Sudan sedang memohon bantuan Kerajaan Arab Saudi serta Kedutaan Besar Pakistan di Sudan supaya mereka dapat menaiki kapal untuk membawa mereka keluar dari Port Sudan ke Jeddah dalam masa yang terdekat.
In shaAllah kita sama-sama doakan usaha ini dipermudahkan dan mereka akan selamat tiba di tanah air nanti.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
03 Mei 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |