LAWATAN KERJA KE PARIS, PERANCIS; 01 HINGGA 02 JUN 2023
LAWATAN KERJA KE PARIS, PERANCIS; 01 HINGGA 02 JUN 2023
LAWATAN KERJA KE PARIS, PERANCIS; 01 HINGGA 02 JUN 2023
Saya tiba di Paris, Perancis untuk Lawatan Kerja dari 01 hingga 02 Jun 2023. Ini merupakan lawatan sulung saya ke sini sejak memegang jawatan sebagai Menteri Luar pada Disember 2022.
Dalam lawatan kerja ini, saya akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan, Puan Yang Terutama Catherine Colonna, Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah kerjasama dua hala sedia ada serta hal-hal serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama.
Selain itu, saya akan turut mengadakan sesi libat urus bersama Puan Audrey Azoulay, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), French Institute of International Relations (IFRI) dan Senat Perancis di Paris. Saya juga akan bertemu dengan Encik Chems-Eddine Hafiz, Rektor Masjid Besar Paris, untuk membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu utama, termasuk usaha untuk menangani Islamophobia.
Malaysia dan Perancis mempunyai jalinan persahabatan yang erat berasaskan kerjasama ekonomi yang aktif dan hubungan antara rakyat yang mesra. Lawatan ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala yang telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seperti yang dilaksanakan menerusi kerjasama sedia ada dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi.
Pada tahun 2022, Perancis merupakan rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (USD4.19 bilion), peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
01 Jun 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |