LAWATAN RASMI YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK KYRGYZ DAN LAWATAN KERJA KE REPUBLIK UZBEKISTAN, PADA 02 HINGGA 04 JULAI 2023
LAWATAN RASMI YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK KYRGYZ DAN LAWATAN KERJA KE REPUBLIK UZBEKISTAN, PADA 02 HINGGA 04 JULAI 2023
LAWATAN RASMI YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK KYRGYZ DAN LAWATAN KERJA KE REPUBLIK UZBEKISTAN, PADA 02 HINGGA 04 JULAI 2023
YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA MENGHADIRI MESYUARAT BIRO PENYELARASAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (COORDINATING BUREAU OF THE NON-ALIGNED MOVEMENT – CoB-NAM) PERINGKAT MENTERI LUAR NEGERI DI BAKU, AZERBAIJAN PADA 05 HINGGA 06 JULAI 2023
Saya akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Republik Kyrgyz dari 02 hingga 03 Julai 2023 dan Lawatan Kerja ke Republik Uzbekistan dari 03 hingga 04 Julai 2023.
Semasa di Kyrgyz, saya akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan, TYT Zheenbek Kulubaev, Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz.
Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke atas TYT Sadyr Zhaparov, Presiden Republik Kyrgyz; TYT Nurlanbek Shakiyev, Yang di-Pertua Speaker Parlimen Republik Kyrgyz dan TYT Akylbek Zhaparov, Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz (Perdana Menteri).
Ketika lawatan ke Uzbekistan pada 03 dan 04 Julai 2023, saya akan bertemu rakan sejawatan, TYT Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Negeri Republik Uzbekistan.
Dalam kedua-dua lawatan ini, saya bersama-sama dengan rakan-rakan sejawat akan menandatangani Surat Niat mengenai Kerjasama Dua Hala antara Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Republik Kyrgyz; dan Program Kerjasama antara Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Perjanjian yang terjalin ini menandakan kemajuan dalam kerjasama dua hala yang akan membawa kepada perkongsian yang lebih komprehensif antara Malaysia dan kedua-dua negara melalui bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan serta kerjasama teknikal.
Saya yakin bahawa lawatan ini akan memberikan dorongan baharu kepada kerjasama dua hala yang mencerminkan komitmen Malaysia dalam mengukuh dan mengangkat hubungan dengan negara-negara Asia Tengah ini ke tahap yang lebih tinggi.
Selepas lawatan ke Republik Kyrgyz dan Uzbekistan, saya akan terus ke Baku, Azerbaijan untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Coordinating Bureau of the Non-Aligned Movement – CoB-NAM) peringkat Menteri Luar Negeri pada 05 hingga 06 Julai 2023.
Mesyuarat CoB-NAM peringkat Menteri Luar Negeri akan memberi peluang kepada Menteri-Menteri Luar Negeri NAM untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan NAM dan mesyuarat tersebut juga dijangka menerima pakai Deklarasi Baku serta Deklarasi mengenai Palestin.
Semasa Mesyuarat CoB-NAM peringkat Menteri Luar Negeri, saya akan menyampaikan kenyataan Malaysia yang memfokuskan kepada tema "NAM: United and Steadfast in Confronting Emerging Challenges."
Di samping itu, saya juga akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan untuk membincangkan langkah meningkatkan hubungan dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa.
Malaysia mengiktiraf Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) sebagai forum penting untuk perundingan dan penyelarasan dalam kalangan negara membangun, menangani isu-isu penting politik, keselamatan, ekonomi dan sosial.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
02 Julai 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |