MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 KEMENTERIAN LUAR NEGERI 28 NOVEMBER 2016
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
28 NOVEMBER 2016
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Othman Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri bagi pihak YB Dato’ Sri Anifah Hj Aman, Menteri Luar Negeri serta dihadiri seramai 300 warga Kementerian.
Seramai 113 penjawat awam Kementerian Luar Negeri telah menerima anugerah tersebut, di mana seramai 65 penerima di Kementerian dan 43 penerima di Perwakilan Malaysia di luar negeri, serta 5 penerima yang telah bertukar ke Kementerian lain.
Dalam ucapan YBhg. Tan Sri Othman Hashim, beliau menyentuh mengenai peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menjayakan Kepengerusian ASEAN pada tahun 2015. Beliau juga menyentuh tentang peranan Malaysia sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh 2015-2016.
YBhg. Tan Sri Othman Hashim juga berkongsi tentang objektif-objektif strategik dalam menentukan hala tuju Kementerian bagi tempoh 2016-2020, khususnya berkenaan mengukuhkan diplomasi dan meningkatkan daya upaya modal insan.
Di akhir ucapan beliau, YBhg. Tan Sri Othman Hashim menyatakan rasa bangga beliau terhadap pegawai-pegawai Wisma Putra yang telah menunjukkan prestasi cemerlang. Beliau percaya kejayaan tersebut akan dapat mendorong pegawai-pegawai yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kementerian.
PUTRAJAYA
28 November 2016