MAKLUM BALAS TERHADAP KENYATAAN YAB MENTERI BESAR JOHOR BERHUBUNG SOP SKIM DAILY COMMUTING ARRANGEMENT (DCA)
MAKLUM BALAS TERHADAP KENYATAAN YAB MENTERI BESAR JOHOR BERHUBUNG SOP SKIM DAILY COMMUTING ARRANGEMENT (DCA)
MAKLUM BALAS TERHADAP KENYATAAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
BERHUBUNG SOP SKIM DAILY COMMUTING ARRANGEMENT (DCA)
1. Saya ambil maklum kenyataan Menteri Besar Johor yang menyarankan kepada Kerajaan Persekutuan Standard Operating Prosedur (SOP) bagi skim ketiga
pembukaan sempadan Malaysia-Singapura iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA).
2. Penting untuk saya nyatakan, keputusan muktamad untuk membenarkan DCA dilaksanakan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri.
3. Perkara ini berkait rapat dengan soal keselamatan dan kesihatan. Justeru, memandangkan Kerajaan Negeri Johor menyatakan mereka telah bersedia untuk
melaksanakan DCA, Kerajaan Negeri Johor perlu membentangkan perancangan mereka secara terperinci kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) serta membincangkannya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4. Hanya apabila MKN, JIM dan KKM sebulat suara memutuskan agar DCA boleh dilaksanakan barulah Kementerian Luar Negeri akan memainkan peranan untuk
berunding dengan Kerajaan Singapura.
5. Dalam pada itu, berhubung cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya tempoh kuarantin bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air (yang bukan di bawah
kategori Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA)) hanya 7 hari di pusat kuarantin danrumah masing-masing, Kementerian Luar Negeri telah mengajukan cadangan ini
kepada KKM untuk maklum balas dan pertimbangan. Sekali lagi saya tegaskan,Kementerian Luar Negeri bukan pihak yang boleh membuat keputusan dalam soal
kuarantin ini. Saya menasihatkan agar Kerajaan Negeri Johor berbincang terus dengan KMM berhubung perkara ini.
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI LUAR NEGERI
12 NOVEMBER 2020
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |