MESYUARAT KEDUA MAJLIS PERUNDINGAN DASAR LUAR NEGERI DI BAWAH KEPENGERUSIAN YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI LUAR NEGERI WISMA PUTRA, PUTRAJAYA, 17 JULAI 2023
Back
MESYUARAT KEDUA MAJLIS PERUNDINGAN DASAR LUAR NEGERI DI BAWAH KEPENGERUSIAN YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI LUAR NEGERI WISMA PUTRA, PUTRAJAYA, 17 JULAI 2023
MESYUARAT KEDUA MAJLIS PERUNDINGAN DASAR LUAR NEGERI DI BAWAH KEPENGERUSIAN YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR,
MENTERI LUAR NEGERI
WISMA PUTRA, PUTRAJAYA, 17 JULAI 2023
- Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri, (CCFP) yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, ahli-ahli CCFP dan ahli-ahli Ad-Hoc.
- Mesyuarat ini juga turut melibatkan Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara yang turut serta secara maya.
- Ahli-ahli CCFP terdiri daripada pakar-pakar tempatan dalam pelbagai bidang, yang turut mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa.
- Penubuhan CCFP adalah bertujuan sebagai wadah konsultasi dengan pakar dan pemegang taruh berkenaan hal ehwal luar negeri. Ia membolehkan Wisma Putra meraih perspektif dan idea baharu berkaitan hal ehwal luar negeri. Input dan gagasan yang dikongsi oleh CCFP akan dapat menyumbang ke arah pengukiran strategi dasar luar negara Malaysia yang lebih baik.
- Proses konsultasi CCFP ini adalah selaras dengan keperluan Malaysia MADANI yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri, di mana libat urus di antara agensi kerajaan dengan rakyat diutamakan.
- Pada tahun ini, CCFP telah mengadakan mesyuarat pertama pada 7 Februari dan turut terlibat dalam Pemukiman Wisma Putra pada bulan Mac 2023.
Mesyuarat Kedua CCFP
- Mesyuarat CCFP kali ini telah mendengar dua pembentangan berkenaan situasi ekonomi dan geopolitik dunia daripada dua ahli akademik yang pakar dalam bidang masing-masing, iaitu Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee dan Profesor Dr. Sufian Jusoh dari IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- Dari aspek ekonomi, kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rendah masih berterusan di peringkat global. Persaingan perdagangan telah menyebabkan timbulnya halangan-halangan perdagangan dan kewangan global yang memberi kesan kepada rantaian bekalan. Keadaan ini seterusnya telah membawa kesan buruk kepada negara-negara membangun secara tidak seimbang.
- Dalam konteks inilah perlunya ada satu usaha diplomasi ekonomi di peringkat Kementerian yang lebih proaktif dan berterusan, melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi Kerajaan yang menguruskan hal ehwal perdagangan dan ekonomi antarabangsa. Aspek yang lebih penting adalah kestabilan negara yang akan menarik minat lebih banyak pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
- Melihat kepada isu-isu geopolitik semasa yang memberi impak kepada negara, Malaysia perlu terus mengambil pendekatan berkecuali yang aktif (active neutrality) dalam menjaga kemaslahatan negara di tengah-tengah pertembungan kuasa-kuasa besar di rantau ini.
- Dalam melonjakkan Malaysia sebagai negara kuasa pertengahan (middle power), kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif yang dapat memposisikan negara sebagai negara yang berpengaruh dan cakna dengan kesejahteraan dunia termasuklah isu di peringkat Asia Pasifik mahupun Indo-Pasifik.
- Isu-isu seperti perubahan iklim, pelucutan senjata, sains dan teknologi, serta keterjaminan makanan dan tenaga akan terus diperjuangkan oleh Malaysia di peringkat global.
- Menjelang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 kelak, Malaysia akan terus berusaha bersama-sama rakan-rakan ASEAN untuk terus memelihara kesepakatan dan kesejahteraan ASEAN.
- Saya amat berpuas hati mendengar pelbagai input yang diberikan kepada Kementerian Luar Negeri yang amat bernilai tinggi untuk membentuk masa depan negara yang lebih baik lagi.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
17 Julai 2023
7/17/23
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |