PRESS RELEASE : JAWAPAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI KEPADA LAPORAN MEDIA MENGENAI KELDAI DADAH DI PERU
JAWAPAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI KEPADA LAPORAN MEDIA MENGENAI KELDAI DADAH DI PERU
Kementerian Luar Negeri merujuk kepada beberapa laporan media akhir-akhir ini mengenai rakyat Malaysia menjadi mangsa keldai dadah, terutama sekali di Peru.
Kedutaan Besar Malaysia di Peru sedia maklum mengenai individu-individu ini dan mengikuti perkembangan kes penahanan mereka sejak dari awal lagi.
Dalam kes Azimah dan Suzanna, kedua-dua individu ini mempunyai suami atau pasangan dan anak warga tempatan. Ini menyebabkan kedua-dua mereka dalam dilema untuk meninggalkan Peru, terutama sekali kerana ia melibatkan hak penjagaan anak, kerakyatan dan hal-hal imigresen yang memerlukan perhatian khusus sebelum sebarang keputusan diambil.
Kementerian Luar Negeri sekali lagi menggesa supaya kes-kes keldai dadah ini sekiranya dilaporkan, dibuat secara menyeluruh supaya perkara yang tepat dimaklumkan kepada orang ramai.
PUTRAJAYA
24 NOVEMBER 2016