PRESS RELEASE : LAPORAN PALSU SERANGAN BOM DI JAKARTA PADA 5 NOVEMBER 2016 (MALAY ONLY)
LAPORAN PALSU SERANGAN BOM DI JAKARTA PADA 5 NOVEMBER 2016
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan bahawa berita serangan tersebut adalah palsu.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memantau dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan. Mereka adalah diminta untuk mendaftar di www.kln.gov.my di bawah Online Services > e-Consular.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan Konsluar diminta untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di nombor telefon +62 21 522 4947 atau +62 813 8081 3036 (selepas waktu pejabat) serta email mwjakarta@kln.gov.my dan konsular_jakarta@yahoo.com
PUTRAJAYA
5 November 2016