RINGKASAN MESYUARAT-MESYUARAT YB MENTERI LUAR NEGERI, SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42, LABUAN BAJO 09 MEI 2023
RINGKASAN MESYUARAT-MESYUARAT YB MENTERI LUAR NEGERI, SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42, LABUAN BAJO 09 MEI 2023
RINGKASAN MESYUARAT-MESYUARAT YB MENTERI LUAR NEGERI,
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42, LABUAN BAJO
09 MEI 2023
Saya telah menyertai tiga mesyuarat pada hari ini:
i. Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM)
ii. Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-26 (26th APSC)
iii. Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33 (33rd ACC)
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM)
Menteri-menteri Luar Negeri telah membincangkan situasi di Myanmar semasa Majlis Makan Malam semalam. Antara perkara yang dibincangkan adalah :
i. Five-Point Consensus (5PC) kekal sebagai mekanisme utama dalam menangani situasi di Myanmar;
ii. Supaya 5PC dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkenaan di Myanmar;
iii. Menyokong usaha-usaha Pengerusi ASEAN dalam berbincang dengan semua pemegang taruh di Myanmar;
iv. Negara ASEAN terus menerajui usaha-usaha kemanusiaan di Myanmar menerusi AHA Centre; dan
v. Bersetuju perlunya keganasan dihentikan segera bagi memudahcara usaha-usaha kemanusiaan dan dialog inklusif melibatkan semua pemegang
taruh ke arah penyelesaian damai.
Malaysia mengalu-alukan penyertaan Arab Saudi, Panama dan Sepanyol ke Triti Kerjasama dan Persahabatan Asia Tenggara (TAC). Malaysia mengulangi sokongan permohonan Maldives untuk menyertai TAC.
Berkaitan dialog ASEAN-Kanada, Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN telah bersetuju agar satu Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada diadakan untuk melancarkan Kerjasama Strategik ASEAN-Kanada pada September 2023 di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN KE-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan.
Turut dipersetujui supaya satu Kenyataan Bersama Melancarkan Kerjasama Strategik ASEAN-Kanada dikeluarkan semasa sidang kemuncak tersebut.
Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN juga telah bersetuju agar Sidang Kemuncak ASEAN-GCC diadakan pada suatu tarikh di antara 16 hingga 20 Oktober 2023 di Riyadh, Arab Saudi. Pihak GCC akan mempertimbangkan tarikh sebenar sidang kemuncak tersebut dalam tempoh tersebut di atas.
Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC)
Malaysia mengambil maklum kemajuan baik dalam pelaksanaan APSC Blueprint 2025 di mana hanya empat daripada 290 garis tindakan (action lines) yang masih belum dilaksanakan, yang bersamaan dengan 99% kadar pelaksanaan.
Malaysia turut menekankan berkenaan jenayah rentas sempadan, termasuk pemerdagangan manusia yang menjadi antara isu utama di rantau Asia Tenggara khususnya yang berkaitan dengan job scam.
Semasa Mesyuarat APSC, Malaysia telah memaklumkan mengenai usaha-usaha negara di peringkat domestik dan serantau dalam membendung dan membanteras isu ini termasuk penubuhan Mesyuarat Antara Agensi berhubung Penyelarasan Isu Sindiket Tawaran Pekerjaan Palsu yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri. Mekanisme ini juga telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak termasuk INTERPOL dan ASEANAPOL bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat awam.
Malaysia juga akan meneruskan kerjasama erat dengan Kemboja dan Thailand bagi tujuan perkongsian maklumat, penyelarasan misi bantuan, mengenal pasti sindiket- sindiket yang berkaitan dan dalam melaksanakan siasatan secara komprehensif bagi mendakwa pihak-pihak yang terlibat. Malaysia turut menggesa negara-negara anggota ASEAN yang lain agar terus berkerjasama bagi membendung isu pemerdagangan manusia ini.
Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33 (33rd ACC)
Malaysia mengalu-alukan kemajuan dalam pelaksanaan “Recommendations on Strengthening ASEAN’s Capacity and Institutional Effectiveness”, khususnya berkaitan dengan pemerkasaan dan pengukuhan proses membuat keputusan ASEAN serta menambah baik mekanisme-mekanisme yang diterajui ASEAN.
Malaysia juga telah menyatakan bahawa cadangan-cadangan ini perlu dilaksanakan dengan berkesan dalam satu jangka masa yang ditetapkan.
Malaysia turut mengulangi sokongannya terhadap permohonan Timor-Leste untuk menyertai ASEAN. Malaysia mengalu-alukan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 esok menerima pakai Pelan Hala Tuju Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN. Malaysia berharap pelan hala tuju tersebut akan membantu Timor-Leste untuk menyertai ASEAN dalam masa yang terdekat.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
09 Mei 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |