SIARAN AKHBAR: PELANTIKAN DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT YANG BARU
PELANTIKAN DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT
YANG BARU
Kerajaan Malaysia telah melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baru menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique telah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009, dan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum itu, dari 2004 hingga 2006.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013. Sejak tahun 2014, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique adalah Canselor bagi Geomatika University College Malaysia.
PUTRAJAYA
28 DISEMBER 2016