SIARAN AKHBAR: PERKEMBANGAN TERKINI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DUA PENDAKI MALAYSIA YANG HILANG DI GUNUNG DAMARVAND, IRAN
PERKEMBANGAN TERKINI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DUA PENDAKI MALAYSIA YANG HILANG DI GUNUNG DAMARVAND, IRAN
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa sehingga kini, usaha bagi mencari dan menyelamat dua (2) orang pendaki warganegara Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran, Ramli bin Abdul Majid (44 tahun) dan Syed Redzuan bin Syed Salim Shatri (50 tahun) sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Iran. Sebanyak empat (4) pasukan penyelamat telah dikerah bagi membantu dalam operasi ini.
Kementerian Luar Negeri berharap agar kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan yang selamat. Kementerian Luar Negeri juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut.
YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri Luar Negeri
23 November 2016