SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42 DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN 09 – 11 MEI 2023 LABUAN BAJO, INDONESIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42 DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN 09 – 11 MEI 2023 LABUAN BAJO, INDONESIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-42
DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN
09 – 11 MEI 2023
LABUAN BAJO, INDONESIA
Saya akan berada di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia dari 08 hingga 11 Mei 2023 bagi mengiringi YAB Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42. Tema sidang kemuncak ASEAN kali ini adalah “ASEAN Matters : Epicentrum of Growth”.
Sebelum berlangsungnya sidang kemuncak, saya akan menghadiri tiga mesyuarat persediaan yang akan berlangsung pada Selasa, 09 Mei 2023 di Hotel Ayana Komodo, Labuan Bajo iaitu:
i. Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN;
ii. Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN Ke-26; dan
iii. Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33.
Mesyuarat-mesyuarat persediaan ini adalah penting bagi memberi peluang kepada Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN untuk membincangkan pelbagai isu selain mempertimbangkan dan mengesahkan pelbagai draf laporan serta dokumen yang akan dikemukakan untuk keputusan para pemimpin ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN.
Ini termasuk keputusan mengenai Pelan Hala Tuju penyertaan Timor-Leste ke ASEAN, perbincangan perkembangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara mengenai situasi di Myanmar dan isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan bersama dan mungkin memberikan impak terhadap ASEAN.
Seterusnya, YAB Perdana Menteri dijangka tiba pada 09 Mei 2023 dan akan menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang terbahagi kepada sesi pleno dan sesi pemukiman.
Pada masa yang sama, beliau turut akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA) dan juga menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Kedua-dua sidang kemuncak ini akan mengukuhkan lagi kerjasama yang menyasarkan kepada peningkatan aktiviti rentas sempadan dalam usaha meningkatkan lagi nilai perdagangan dan pelaburan di wilayah-wilayah tersebut.
Di sela-sela sidang kemuncak ini, YAB Perdana Menteri dijangka turut menghadiri empat sesi pertemuan dengan wakil-wakil Belia ASEAN, Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly – AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council – ABAC) dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 (High-Level Task Force on ASEAN Community’s Post-2025 Vision – HLTF-ACV).
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 merupakan platform yang baik kepada semua negara anggota ASEAN untuk membincangkan hala tuju ASEAN dan usaha-usaha pembangunan Komuniti ASEAN, yang merangkumi Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 serta Pelan-Pelan Tindakan untuk ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN, iaitu politik- keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Doakan semoga Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 kali ini akan berjalan lancar dan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara negara-negara ASEAN dan seterusnya memperhebat gagasan ASEAN di peringkat global.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
08 Mei 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |