SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-43 DAN SIDANG-SIDANG KEMUNCAK BERKAITAN 05 HINGGA 07 SEPTEMBER 2023 JAKARTA, INDONESIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-43 DAN SIDANG-SIDANG KEMUNCAK BERKAITAN 05 HINGGA 07 SEPTEMBER 2023 JAKARTA, INDONESIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-43 DAN SIDANG-SIDANG KEMUNCAK BERKAITAN
05 HINGGA 07 SEPTEMBER 2023
JAKARTA, INDONESIA
Pengenalan
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan di Jakarta, Indonesia pada 05 hingga 07 September 2023. Sidang Kemuncak ASEAN ini adalah yang kedua dihadiri oleh YAB Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada bulan Mei 2023.
Walau bagaimanapun, ini merupakan sidang kemuncak yang pertama bagi YAB Perdana Menteri bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Kanada serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT), Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Sidang Kemuncak ASEAN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, YAB Perdana Menteri akan turut menghadiri Upacara Perasmiaan ASEAN – Indo Pacific Forum (AIPF) pada 05 September 2023.
YAB Perdana Menteri dijangka tiba di Jakarta pada hari Isnin petang, 04 September 2023. YAB Perdana Menteri akan diiringi oleh :
i. YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail;
ii. Saya sendiri selaku Menteri Luar Negeri;
iii. YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; dan
iv. Pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Program
Pada hari Selasa, 05 September 2023, YAB Perdana Menteri akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 (Perasmian, Sesi Pleno dan Sesi Pemukiman) dan Perasmian ASEAN – Indo Pacific Forum (AIPF).
Pada hari Rabu, 06 September 2023, YAB Perdana Menteri akan menghadiri :
i. Sidang Kemuncak ASEAN – China Ke-26;
ii. Sidang Kemuncak ASEAN – Republik Korea Ke-24;
iii. Sidang Kemuncak ASEAN – Jepun Ke-26;
iv. Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-26;
v. Sidang Kemuncak ASEAN – Amerika Syarikat Ke-11; dan
vi. Sidang Kemuncak ASEAN – Kanada bagi melancarkan Perkongsian Strategik ASEAN – Kanada.
Pada hari Khamis, 07 September 2023, YAB Perdana Menteri akan menghadiri :
i. Sidang Kemuncak ASEAN – India Ke-20;
ii. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-18;
iii. Sidang Kemuncak ASEAN – Australia Ke-3; dan
iv. Sidang Kemuncak ASEAN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-13.
Pertemuan Dua Hala
Semasa sidang kemuncak ini juga, YAB Perdana Menteri turut dijangka mengadakan pertemuan dua hala seperti berikut :
i. TYT Yoon Suk Yeol, Presiden Republik Korea;
ii. TYT Anthony Albanese, Perdana Menteri Australia;
iii. PYT Kamala Harris, Naib Presiden Amerika Syarikat;
iv. TYT Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada;
v. TYT Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun;
vi. TYT Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja;
vii. TYT Mohammed Shahabuddin, Presiden Bangladesh;
viii. TYT Narendra Modi, Perdana Menteri India;
ix. TYT Xanana Gusmão, Perdana Menteri Timor Leste;
xi. TYT António Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); dan
xii. TYT Prof. Klaus Schwab, Pengasas / Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum – WEF).
Program Temu Anwar
YAB Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Jakarta dan sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar pada 05 September 2023.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 akan didahului dengan beberapa mesyuarat peringkat Menteri Luar Negeri ASEAN pada hari Isnin, 04 September 2023. Saya akan menghadiri mesyuarat-mesyuarat seperti berikut iaitu :
i. Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN;
ii. Mesyuarat Majlis Komuniti Politik – Keselamatan ASEAN Ke-27 (27th ASEAN Political – Security Community Council Meeting – 27th APSC Council Meeting); dan
iii. Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-34 (34th ASEAN Coordinating Council Meeting – 34th ACC Meeting).
Semasa sidang kemuncak ini juga, saya dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dua hala seperti berikut:
i. TYT Sok Chenda Sophea, Menteri Luar Kemboja;
ii. TYT Ivica Dačić, Menteri Luar Negeri Serbia; dan
iii. PYT Ana Gervasi, Menteri Luar Negeri Peru.
Penutup
Adalah diharapkan agar penyertaan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan akan dapat mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo – Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam menjalinkan hubungannya dengan rakan-rakan luar. Di samping itu, Malaysia juga akan dapat mengetengahkan suara, pandangan dan kepentingan negara di rantau ini.
Penglibatan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan menzahirkan komitmen teguh Malaysia terhadap usaha pembinaan komuniti ASEAN, hubungan ASEAN dengan rakan kongsi luar serta usaha menggalakkan keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi evolusi geopolitik serantau yang kian mencabar.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
03 September 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |