SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN KUMPULAN 77 DAN CHINA (G77+CHINA) 15 - 16 SEPTEMBER 2023 DI HAVANA, CUBA
SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN KUMPULAN 77 DAN CHINA (G77+CHINA) 15 - 16 SEPTEMBER 2023 DI HAVANA, CUBA
SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN KUMPULAN 77 DAN CHINA (G77+CHINA) 15 - 16 SEPTEMBER 2023 DI HAVANA, CUBA
Saya telah menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Persidangan G77+China di Havana, Cuba. Dalam kenyataan ini, saya telah menyatakan sebagai salah satu ahli pengasas Kumpulan G77, Malaysia amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh G77+China dalam isu-isu penting buat negara membangun. Bagaimanapun, Malaysia mengakui jurang antara negara membangun dan negara maju kian melebar. Terutamanya bagi komitmen Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Kini, terdapat keperluan untuk mengukuhkan lagi komitmen dan tanggungjawab kolektif antara Dunia Selatan dan Utara. Komitmen dan tanggungjawab untuk merapatkan jurang keutamaan dalam mempercepatkan Agenda 2030 amat diperlukan.
Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan. Pertama, Malaysia telah mengukuhkan komitmen dengan Kerjasama Selatan-Selatan melalui pembaharuan terma kerjasama Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa untuk Kerjasama Selatan-Selatan (ISTIC) di Kuala Lumpur. Pusat tersebut adalah di bawah naungan UNESCO sejak tahun 2008. Sehingga kini, ISTIC-KL telah menyumbang kepada Kerjasama Selatan-Selatan melalui lebih 30 Program Latihan STI dengan rakan kongsi strategik; dan memanfaatkan lebih 1,000 peserta dari hampir 100 negara.
Kedua, Malaysia telah memupuk budaya Sains Terbuka iaitu menjadikan penyelidikan saintifik dan data dapat diakses oleh semua. Konsep Sains Terbuka secara praktikal ini akan mempercepatkan kadar penemuan; menggalakkan inovasi; dan menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Dalam konteks ini, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) pada Mei 2023.
Ketiga, Malaysia akan terus mengalu-alukan penyertaan negara-negara membangun dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), yang merupakan platform bagi perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan. Sejak penubuhannya pada tahun 1980, MTCP telah memanfaatkan lebih daripada 37,000 peserta dari 144 negara penerima. Sehingga hari ini, MTCP kekal sebagai manifestasi kukuh komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan.
Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan G77+China dan ahli-ahlinya dalam usaha bersama untuk pembangunan ekonomi, keamanan dan kemakmuran yang mampan.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
17 September 2023
LIST OF CONVENTIONS / TREATIES THAT HAVE BEEN TRANSLATED INTO BAHASA MELAYU
Ratified by Malaysia
| 1. | Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 3. | Convention on the Rights of Persons with Disabilities, CRPD |
| 4. | Geneva Convention | ||||||||
| |||||||||
Yet to ratify
| 5. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of Persons with Disabilities |
| 6. | Optional Protocol to the Convention on the Elimination of Discrimination Against Women, CEDAW |
| 7. | Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on a communications procedure |
| 8. | Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment – CAT | ||
| |||
| 9. | International Covenant on Civil and Political Rights - ICCPR | ||||
| |||||
| 10. | International Convention on the Elimination of Racial Discrimination - ICERD |
| 11. | International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights - ICESR | ||
| |||
| 12. | International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance - ICPED |
| 13. | International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families - ICRMW |
| 14. | Convention Relating to the Status of Refugees, 1951; | ||
| |||
| 15. | Rome Statute |
Other documents
|
| |