JEMPUTAN KE PROGRAM IHYA DAN IFTAR RAMADHAN ANJURAN KONSULAT JENERAL MALAYSIA, DUBAI PADA 26 JUN 2015
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai dengan kerjasama MyUAE menjemput semua komuniti Malaysia di UAE ke program Ihya & Iftar Ramadhan pada 26 Jun 2015, Jumaat.
Bersama-sama ini dilampirkan program Ihya & Iftar Ramadhan yang dijadualkan pada minggu ini : -
Tarikh : 26 Jun 2015 (JUMAAT)
Masa : 6:30 - 10:30 Malam
Tempat : Clubhouse, NASA VILLA, Garhoud, DUBAI.
Koordinat : 25°14'21"N 55°20'54"E (25.238783 Lat, 55.348260 Lon)
Agenda :
6:30 pm - Ketibaan Expatriat Malaysia & Keluarga
7:00 pm - Tazkirah Ringkas oleh Ustaz Lukman Mohd Hosni (Imam Masjid
Putrajaya)
7:15 pm - Iftar
7:20 pm - Solat Maghrib Berjemaah
7:30 pm - Jamuan Makan Malam
8:15 pm - Ihya Ramadhan oleh Ustaz Halim Hassan
9:15 pm - Solat Isya' & Tarawih berjemaah
10:00 pm - Moreh dan Bersurai.
Majlis Iftar dan Jamuan Makan Malam ditaja dan dihos oleh Konsulat Jeneral Malaysia bersama Agensi-agensi Kerajaan Malaysia di Dubai.
Kehadiran Tuan / Puan ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai
23 Jun 2015