Mission News

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADAPENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIAYANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

11 February 2013 1 views

    CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI  MELALUI POS BAGI  WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL  DI LUAR NEGARASEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR  (PTH)

 

1.              Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

1.1          Warganegara Malaysia;

 

1.2          PemilihBerdaftar;

 

1.3          Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan

 

1.4          Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat danYala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

 

 

2.              Warganegara Malaysia yang memenuh isyarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.              Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke IbuPejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:

 

3.1          Melalui e-melkepadaupup@spr.gov.my; atau

 

3.2          Melaluifakske +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau

 

3.3          Melaluiposkealamat:

 

SuruhanjayaPilihan Raya Malaysia

Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan

62690 PUTRAJAYA

MALAYSIA

(u.p.: Unit PengurusanUndiPosLuar Negara)

 

4.              Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalamBorang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

5.              Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat danYala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

 

Sebarang pertanyaan boleh juga ditujukan kepada Penolong Pendaftar Pemilih untuk Dubai dan Emirates Utara iaitu En. Syahrom Mohamad Su, Konsul di alamat email syahrom@kln.gov.my dan juga En. Mohd Helme Mohd Nor, maldubai@kln.gov.my
Share:
Link copied to clipboard
Back