Mission News

MALAYSIAN REPRESENTATIVE AT THE DUBAI INTERNATIONAL HOLY QURAN AWARD 2016

21 June 2016 1 views

 

 

 

WAKIL MALAYSIA DI DUBAI INTERNATIONAL HOLY QURAN AWARD 2016

 

Peserta Malaysia, Saudara Mohamad Omar bin Mansu, pelajar dari Kolej Universiti Insaniah, Kedah kini berada di Dubai mewakili Malaysia di dalam Dubai International Holy Quran Award.  Acara ini kini sedang berlangsung di Dubai Chamber, UAE dari 6 – 25 Jun 2016. Acara akhir dan penyerahan hadiah akan berlangsung pada 25 Jun 2016.

Tahun 2016 merupakan tahun yang ke-20 bagi Dubai International Holy Quran Award.  Pada kali ini seramai 91 peserta dari 91 buah negara mengambil bahagian. Sebanyak 4 kategori anugerah dipertandingkan iaitu : Anugerah Al-Quran Antarabangsa, Anugerah Al-Quran – Sheikah Hind bint Maktoum, Anugerah Bacaan Terbaik dan Anugerah Hafazan Emarati.

Majlis pelancarannya turut dihadiri TYT Dato' Ahmad Anwar Adnan (Duta Besar Malaysia ke UAE), TYT Yubazlan Yusuf (Konsul Jeneral Malaysia, Dubai) dan En. Mohd Norsyam Abdul Rahman (Konsul Muda Education Malaysia, Dubai).

 

Saudara Mohamad Omar bin Mansu juga semasa di Dubai telah terlibat dalam Program Ihya Ramadhan anjuran Konsulat Jeneral Malaysia Dubai dengan kerjasama Persatuan Rakyat Malaysia di UAE (MYUAE) pada 10 dan 17 Jun 2016.

 

 

 

 

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai

20 Jun 2016

Share:
Link copied to clipboard
Back