Mission News

PROGRAM GERAKAN AMAL JARIAH YAPEIM PERINGKAT ANTARABANGSA

22 April 2014 1 views

?????? ????? ? ???? ???? ? ??????   dan salam sejahtera kepada semua warga Malaysia di UAE

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacitanya pihak Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menjemput seluruh warga Malaysia di UAE untuk sama-sama hadir ke Program Gerakan Amal Jariah YaPEIM Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)

Waktu : 7.30 Malam

Tempat : Perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai
                No. 83, Street No. 10D, Al Mankhool
                Bur Dubai, DUBAI, U.A.E.

Tajuk  :  Amal Jariah, Menyubur Rezeki, Membangun Ummah

Golongan sasaran YaPIEM pada kali ini, adalah warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara.  Program ini digelar sebagai Program Gerakan Amal Jariah YaPEIM Peringkat Antarabangsa.  YaPEIM
memanfaatkan Dana Kumpulan Wang Amal Jariah tersebut kepada masyarakat melalui Program Utama antaranya seperti berikut :-

a) Program Mikro Kredit - Skim Ar Rahnu
b) Program Kecemerlangan Komuniti (santun)
c) Program Keluarga Angkat Prihatin
d) Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami
e) Skim Ibadah Korban

 

Share:
Link copied to clipboard
Back