Mission News

Rabbani di Dubai

27 September 2009 1 views

 

24 September 2009, Dubai.
 
Sekitar 300 rakyat Malaysia telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid terkenal Malaysia, kumpulan Rabbani pada 24 September 2009 di Rumah Malaysia di Dubai, UAE. Majlis turut diserikan oleh TYT Dato Yahaya Abdul Jabar, Duta Besar Malaysia ke UAE.
Majlis bermula sekitar jam 8 malam dan berlangsung selama hampir 2 jam. Para tetamu telah dijamu dengan Beriani kambing, kambing bakar dan beberapa juadah pembasuh mulut.
Majlis ini juga merupakan majlis aqiqah yang dihoskan secara bersama oleh saudara Ahmad Imran Zainal Abidin, Mahadi Mohd Salleh, Nor Afzanizam, Nizam dan Konsul Jeneral.
Kumpulan Rabbani telah mendendangkan beberapa lagu popular mereka termasuk beberapa lagu Hari Raya. Rabbani telah dijemput sebagai tetamu TV Sharjah sempena festival nasyid yang dianjurkan.
Menurut TYT Dato Yahaya, kehadiran Rabbani telah menyerikan lagi sambutan Hari Raya pada kali ini. Beliau merakamkan penghargaan kepada Rabbani kerana sudi meluangkan masa untuk bersama dengan masyarakat Malaysia yang dapat hadir pada malam itu. Penghargaan juga turut diberikan kepada tuanrumah majlis ini.
 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back