Adalah dimaklumkan bahawa Konsulat Jeneral Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan Malaysia di Dubai serta Persatuan Komuniti Malaysia di Dubai (MyUAE) akan menganjur bersama Solat dan Sambutan Eid Fitr pada 1 Syawal di Bangunan Al Shafeena (Foyer Matrade), Dubai.
Solat Eid Fitr akan dipimpin oleh Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Konsul (Pertanian) bermula pada 8.30 pagi disusuli dengan Jamuan Eid Fitr pada 8.45 pagi. Semua komuniti Malaysia di Dubai dan sekitarnya adalah dijemput hadir bagi kedua-dua program di atas.