Mission News

URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI LUAR NEGARA

22 May 2017 1 views

 

URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI LUAR NEGARA

 

1.            Dimaklumkan bahawa Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai telah menerima Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) daripada  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

 

2.            Sehubungan dengan itu, kepada mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas dan belum lagi mendaftar dengan mana-mana bahagian pilihan raya adalah dijemput untuk hadir ke pejabat Konsulat bagi tujuan permohonan pendaftaran.

 

3.            Tuan/ Puan adalah dikehendaki untuk membawa kad pengenalan bersama dengan satu salinan semasa permohonan pendaftaran dan boleh hadir ketika waktu pejabat, 9.00am – 3.00pm (Ahad – Khamis).

 

4.            Bagi warganegara Malaysia yang sudah berdaftar dengan SPR, status boleh disemak di laman web SPR di alamat (http://www.spr.gov.my/index.php) di ruangan Perkhidmatan Atas Talian.

 

5.            Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia yang layak mengundi untuk membuat semakan dan pendaftaran dengan sendiri.

 

 

Disediakan oleh:

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai

22 Mei 2017

 

 


 

Share:
Link copied to clipboard
Back