Mission News

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI ARGENTINA, 22 OGOS 2011

02 September 2011 1 views

 

T.Y.T. Duta Besar Malaysia ke Argentina, Dato’ Zulkifli Yaacob pada pada 22 Ogos 2011 telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Argentina. Majlis tersebut juga bagi meraikan kehadiran Y.B. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang sedang dalam lawatan kerja di Buenos Aires. Majlis yang diadakan di bangunan Canseri tersebut menyaksikan kehadiran kira – kira 40 rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. Y.B. Timbalan Menteri Luar Negeri turut mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan rakyat Malaysia dan juga telah menyampaikan sepatah dua kata pada majlis tersebut. Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah masakan Malaysia pada majlis tersebut. 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back