Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ADIDIL ADHA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI BUENOS AIRES

11 July 2022 1 views

Malawakil Buenos Aires telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 9 Julai 2022 di Rumah Malaysia. Selain rakyat Malaysia, Friends of Malaysia yang terdiri daripada warga Argentina serta rakan-rakan dari Kedutaan ASEAN juga dijemput ke majlis tersebut untuk menikmati suasana hari raya Aidil Adha yang disambut oleh rakyat Malaysia serta juadah hari raya yang dihidangkan. 

Program majlis ini dimulai dengan takbir raya bersama rakyat Malaysia yang beragama islam. Sejurus selepas takbir raya tersebut, TYT Duta Besar dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua tetamu dan menyampaikan harapan agar semangat keluarga Malaysia di antara rakyat Malaysia di Buenos Aires dapat dikekal dan diteruskan walaupun berada di perantauan.

TYT Duta Besar kemudiannya menjemput hadirin tetamu ke ruang makan untuk menikmati hidangan dan juadah hari raya yang disediakan iaitu nasi putih, ayam masak merah, rendang daging, sayur campur, soto ayam, roti jala dan kari daging. Selain itu, kuih-kuih tradisional Malaysia juga dihidangkan seperti kuih agar-agar santan pandan, biskut raya, kek batik dan kek lapis asam.    

Share:
Link copied to clipboard
Back