|
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BUENOS AIRES, REPUBLIK ARGENTINA _____________________________________________________________________________________________
MAKLUMAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENYEBARAN CORONAVIRUS (COVID-19 DI ARGENTINA, URUGUAY DAN PARAGUAY
Dimaklumkan bahawa pada 3 Mac 2020, Kerajaan Argentina telah mengesahkan kes pertama COVID-19 di Argentina. Pesakit ialah seorang lelaki berusia 43 tahun yang baru pulang dari Milan, Italy pada ahad, 1 Mac melalui penerbangan Alitalia Airlines. Pesakit telahpun dirawat dan diasingkan di Swiss Clinic & Maternity Hospital di Avenue Pueyrredon, Recoletta. Manakala kes kedua telah disahkan pada khamis, 5 Mac yang melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga baru pulang dari Italy. Pesakit ini sedang dirawat dan dikuarantin di Sanatorio Otamendi Private Hospital, Recoletta. Sehubungan dengan itu Kedutaan ingin menasihatkan supaya tuan/puan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghadapi/membendung jangkitan COVID-19 ini seperti berikut:
Untuk sebarang pentanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Buenos Aires seperti berikut: Talian pejabat: +54 11 47760504/2553 Emel: mwbuenosaires@kln.gov.my
Kedutaan Besar Malaysia, Buenos Aires Republik Argentina Tarikh: 6 Mac 2020
|


