Pada 23 Januari 2020, PERWAKILAN Buenos Aires telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Buenos Aires bagi Sesi 2020/2021 di Kedutaan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh TYT. Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak selaku Penasihat PERWAKILAN BA dan seterusnya mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Aniza Mohamad Tamil, Pengerusi PERWAKILAN Buenos Aires. Semua ahli berpakat membawa ‘potluck’ bagi jamuan makan tengahari setelah mesyuarat selesai sekitar jam 12.30 tengahari.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Buenos Aires Ke-3 atas usaha dan kerjasama bagi menjayakan mesyuarat.
#PERWAKILANBuenosAires
#MesyuaratAgungPERWAKILAN
