Pada tanggal 21 April 2015, TYT Dato' Mohd Ashri bin Muda telah menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Paraguay bermastautin di Argentina kepada Presiden Republik Paraguay Horatio Cartes di Lopez Presidential Palace. Turut terlibat adalah enam Ketua Perwakilan Asing yang ditauliahkan ke Paraguay.
Selepas majis penyerahan watikah, TYT Dato' Mohd Ashri dibawa ke Heroes Pantheon bagi upacara penghormatan dan peletakan kalungan bunga di untuk menghormati perwira negara Paraguay yang disemadikan disitu.
Sebelum itu, pada 20 April 2015, YBhg. Dato´Mohd Ashri telah menyerahkan salinan watikah pelantikan beliau kepada TYT Eladio Loizaga, Menteri Luar Negeri Paraguay.