Mission News

UPACARA PENYERAHAN KEPENGERUSIAN ASEAN WORKING COMMITTEE 2015 DI WISMA DUTA, KBRI BUENOS AIRES

05 March 2015 1 views

 

TYT Dato' Mohd Ashri Muda telah menghadiri satu majlis penyerahan pengerusi ASEAN Working Committee (AWC) Buenos Aires di Wisma Duta, KBRI Buenos Aires. Majlis yang dihoskan oleh Duta Besar Indonesia selaku Pengerusi AWC Buenos Aires 2014 turut dihadiri oleh kesemua Ketua Perwakilan ASEAN diiringi diplomat-diplomat ASEAN yang lain.


Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Duta Besar Indonesia, mewakili Indonesia selaku mantan Pengerusi AWC 2014, disusuli dengan upacara penyerahan piala ASEAN (simbolik) kepada Pengerusi AWC 2015, iaitu Filipina, yang diwakili oleh Duta Besar Filipina ke Argentina. Sesi bergambar bersama Ketua Pewakilan ASEAN di Buenos Aires menyusul selepas itu.


Upacara Penyerahan Kepengerusian AWC diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Bilik Jamuan Wisma Duta.

Share:
Link copied to clipboard
Back