UEM SUNRISE, sebuah anak syarikat UEM Group Berhad(di bawah Khazanah Nasional) telah mengaturkan satu ‘’business luncheon’’ dengan Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne pada hari ini (Khamis, 15/5/2014). Majlis tersebut yang diadakan di Essence Restaurant, Marriott Hotel dari jam 12 sehingga 2 petang adalah untuk memaklumkan mengenai hasrat UEM untuk membuka pejabat mereka di Melbourne pada pertengahan bulan Jun/Julai 2014. UEM sedang sibuk mencari peluang pelaburan di Melbourne CBD. Sehingga kini mereka telah melabur dalam pembelian hartanah di kota dan bandaraya Melbourne berdekatan dengan LaTrobe Street dan Mackenzie Street. Jumlah pelaburan adalah dalam linkungan AUD66 juta. Rombongan UEM kali ini diketuai oleh Dato’Izzaddin Idris selaku Executive Director UEM SUNRISE.