Mission News

CERAMAH MEMBANGUN KELUARGA SAKINAH OLEH PROFESSOR DATO DR.SIDEK BABA

08 March 2012 1 views

Pada Hari Sabtu, 3/3/2012 telah diadakan satu ceramah mengenai keluarga Islam. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Professor Dato Sidek Baba di Dewan Malaysia, Melbourne. Ceramah yang dianjurkan bersama oleh Victoria Malaysia Post Graduate Association (VMPGA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) - Victoria turut menyaksikan kehadiran Konsul Jeneral Malaysia, Dr Mohamad Rameez Yahaya. Semasa ucapan mengalu-alukan ceramah sebegini di Melbourne, Dr Rameez turut meminta agar rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia beragama Islam supaya jangan leka dan sentiasa menerima menafaat yang baik melalui ceramah sebegini.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back