Pesta Malaysia atau lebih dikenali sebagai Fiesta Malaysia Melbourne 2014 telah diadakan di Federation Square, Melbourne pada hari Ahad, 25/5/2014. Fiesta Malaysia kali ini diadakan bersama oleh Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne bersama-sama dengan MASCA-Victoria atau dikenali sebagai Persatuan Pelajar Malaysia-Victoria.
Majlis tersebut diadakan dari jam 11 tengahari sehingga jam 5.30 petang dan membabitkan lebih dari 15 acara dan 20 gerai makanan serta jualan. Ianya menyaksikan kehadiran lebih dari 23000 orang terdiri dari rakyat tempatan dan juga rakyat Malaysia(Di Victoria sahaja terdapat lebih kurang 70,000 rakyat Malaysia termasuk pelajar seramai 8,000 orang). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Dr Rameez Yahaya, selaku penaung projek/majlis dan juga sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne. Majlis turut disertai oleh ramai VVIP Australia termasuk Councillor Ken Ong dari Dewan Bandaran Melbourne; Encik Chin Tan, Commissioner of the Victorian Multiculural Commission; Encik Joe Perri, Presiden Australia-Malaysia Business Council. Antara artis tempatan Malaysia yang turut serta dalam menjayakan majlis adalah Red Hongyi.
Majlis yang bermula pada jam 11 tengahari bermula dengan ucapan perasmian dari Dr Rameez Yahaya yang menyeru semua hadirin untuk menikmati keindahan Malaysia dengan menyertai setiap acara yang disajikan seperti pertandinan membuat roti canai, pertandingan mengecat atas kain batik, pertandingan makan durian dan sebagainya. Turut dipinta adalah hadirin yang membanjiri Federation Square untuk turut mengunjugi semua tapak pameran anjuran Tourism Malaysia dan juga anjuran Agro Malaysia. Turut diundang adalah untuk ke Gerai PERWAKILAN dan juga gerai-gerai makanan lain di hadapan Yarra River di Federation Square. Sebanyak 20 gerai jualan pelbagai makanan dan minuman Malaysia seperti nasi lemak, nasi kerabu, roti chanai, teh Tarik, satay, mee rebus dan pelabagai kuih muih Malaysia dijual pada harga berpatutan di majlis tersebut.
Majlis ini yang merupakan ulung kali kollaborasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne dengan MASCA-Victoria. Fiesta ini pertama kali diadakan pada tahun 2006 di kota Melbourne merupakan majlis yang diadakan secara tersendiri oleh Pelajar Malaysia di Melbourne, akan tetapi kali ini selain dari menjadi penaung/penasihat kepada Majlis ini, pihak Konsulat Jeneral Malaysia telah berkerjasama dengan MASCA-Victoria untuk mendapatkan dana serta menasihatkan MASCA-Victoria mengenai aturcara majlis rasmi dan pelbagai. PERWAKILAN Melbourne (Ladies) turut serta dalam memeriahkan lagi majlis dengan membuka sebuah gerai jualan nasi kerabu dan kuih muih serta roti jala (Sebahagian dari keuntungan bersih akan diberikan kepada sebuah institusi anak yatim piatu di Malaysia).