| GUIDELINES ON COVID-19 TEST PROCEDURES FOR INTERNATIONAL ARRIVALS AND HOME QUARANTINE PROCEDURES.
Please be informed that all international arrivals will be home quarantine commencing 10 June 2020 until further notice by the Government of Malaysia.
Please refer to the guidelines on the COVID-19 testing process for Malaysian and non-Malaysian citizens who are allowed to enter Malaysia through the International Entrance as well as the home quarantine procedure upon arrival in Malaysia.[CLICK HERE]
It is also noted that foreign nationals in the MM2H participants’ category, expatriates and spouses / dependents of Malaysian citizens (who do not hold Malaysian citizenship status) are categorized as foreigners who are allowed to enter Malaysia. It is subject to the approval of the Director General of the Immigration Department of Malaysia where the application for approval must be made before traveling to Malaysia. For the expatriate category, the Immigration Department of Malaysia has released the latest guidelines for the entry of Expatriate / Skilled Worker / Knowledge Worker Entering Malaysia for Key Posts and Technical Posts, and for Dependents and Foreign Maids during the Recovery Movement Control Period (PKPP) links are as follows:
Whereas for foreign nationals from the diplomatic and embassy categories of dependents and their dependents, they may be allowed to enter with their approval application through their Embassy office in Kuala Lumpur to the Protocol Department, Ministry of Foreign Affairs of Malaysia.
|
| GARIS PANDUAN BERHUBUNG PROSES UJIAN COVID-19 BAGI PENUMPANG YANG TIBA DI MALAYSIA DAN PROSEDUR HOME QUARANTINE BERMULA PADA 10 JUN 2020.
Dimaklumkan bahawa, semua ketibaan dari luar negara akan menjalani kuarantin di rumah mulai 10 Jun sehingga satu tarikh yg akan ditentukan.
Sila rujuk garis panduan berhubung proses ujian COVID-19 bagi warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa dan juga prosedur home quarantine selepas ketibaan di Malaysia. [KLIK DI SINI]
Dimaklumkan juga bahawa warganegara asing di dalam kategori peserta MM2H, ekspatriat dan pasangan/tanggungan kepada warganegara Malaysia (yang tidak memegang taraf kewarganegaraan Malaysia) adalah dikategorikan sebagai warga asing yang boleh dibenarkan masuk ke Malaysia. Ianya adalah tertakluk kepada kelulusan dari pihak Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia yang mana permohonan kelulusan perlu di buat terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan ke Malaysia. Bagi kategori ekspatriat, pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan garis panduan terkini bagi kemasukan Expatriate / Skilled Worker / Knowledge Worker Entering Malaysia for Key Posts and Technical Posts, and for Dependents and Foreign Maids semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
Manakala bagi warganegara asing dari kategori diplomat dan kakitangan Kedutaan serta tanggungan, mereka boleh dibenarkan masuk dengan permohonan kelulusan perlu dibuat melalui pejabat Kedutaan mereka di Kuala Lumpur kepada Jabatan Protokol, Kementerian Luar Negeri. |
Mission News
GUIDELINES ON COVID-19 TEST PROCEDURES FOR INTERNATIONAL ARRIVALS AND HOME QUARANTINE PROCEDURES [Commencing 10 June 2020]
11 June 2020
1 views