HARI BERSAMA PELANGGAN KONSULAT JENERAL MALAYSIA, MELBOURNE
Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah mengadakan hari bersama pelanggan pada hari Selasa (2/10/2012) dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Lebih dari 90 pelanggan hadir pada majlis tersebut yang mana turut dihidangkan dengan teh tarik dan mee goreng. Mereka yang hadir turut bertemu dengan Konsul Jeneral untuk mengutarakan sebarang komen bagi memperbaiki lagi mutu perkhidmatan konsular di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne.