Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Kami ingin menjemput anda dan rakan-rakan Malaysia yang lain untuk menyertai aktiviti Hari Sukan Negara 2016 pada:
Tarikh: 8 Oktober 2016, Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: 30 Aughtie Drive, Albert Park, Victoria 3206
Aktiviti: Fun Walk dan Badminton
Marilah bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2016 yang akan disambut serentak oleh semua rakyat Malaysia. Penyertaan adalah percuma. Sila hantarkan pendaftaran di: mwmelbourne@kln.gov.my
Sekian, terima kasih.
Salam mesra,
Konsulat Jeneral Malaysia
Level 1, 432 St Kilda Road
Melbourne, 3004 Victoria