Mission News

KEJOHANAN BOWLING PIALA KONSULAT JENERAL MALAYSIA MELBOURNE 2014

16 June 2014 1 views

Kejohanan Bowling Piala Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne telah diadakan pada hari semalam (Ahad, 15/6/2014 dari jam 9 pagi hingga 1 petang) bertempat di AMF Bowling Complex Highpoint, Maribyrnong. Seramai 80 lebih rakyat Malaysia termasuk ahli keluarga hadir dan menyertai pertandingan tersebut. Kebanyakkan mereka yang hadir terdiri dari pelajar Malaysia pasca siswazah. Selain dari aktiviti riadah, pertandingan tersebut juga bertujuan untuk membina ukhwah antara pelajar Malaysia dengan pegawai serta kakitangan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne (semua HBS dan LRS dari MATRADE, Imigresen dan KLN turut hadir). Antara pasukan yang menyertai pertandingan tersebut adalah dari daerah Bundoora, South East, Vic North dan Konsulat Jeneral. Team yang memenangi piala pusingan Konsulat Jeneral tersebut adalah pasukan dari Vic North. Konsulat Jeneral Malaysia mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang buat ulung kali diadakan di Melbourne.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back